Do visit ^.^

04 December 2011

Tarikh Itu : 4 Disember

Salam and Hi to all...

Detik yang sama pada 4 Disember 3 tahun yang lalu benar benar menguji kami sekeluarga untuk redha sebagai hambaNYA.Tanggal itu telah perginya ibu yang tersayang mengahadap Ilahi.Saat itu kami terpaksa redha dan bersabar diatas ujian Allah.Itulah saat terakhir melihat wajah ibu tercinta.Itulah saat terakhir mencium ibu..

Hidup tanpa seorang ibu sangat berbeza perasaanya.Tidak menidakkan kemampuan ayah menjaga kami tapi naluri seorang ibu menjaga anaknya sangat sangat berbeza dengan jagaan seorang ayah.

Hari pertama semasa menjejakkan kaki ke UiTM Machang Kelantan,sayu hati tatkala melihat pelajar pelajar lain memeluk dan mendakap ibu mereka.Rasa cemburu mula menerpa.Seronok bila mendengar rakan rakan menelefon ibu mereka dan bercerita tentang kehidupan disini.

Genaplah tiga tahun kami melalui kehidupan tanpa ibu.Tiga tahun itu jugalah kami belajar erti kehidupan tanpa seorang ibu.Benar!Payah kehidupan tanpa seorang ibu.Kalau ibu masih bersama ingin sekali mendakap dan membisikkan kepadanya “Ibu,anak mu sudah melangkah ke menara gading”,pasti dia tersenyum bangga.Rindu sekali terhadap ibu.


Ibu adalah permata yang tidak ternilai kurniaan Allah.Jagalah mereka sementara mereka masih ada.Hidup untuk Allah dan menggembirakan meraka supaya mereka tidak berasa hampa dan kecewa membesarkan kita.


Post Related :

1. Rindu

2. 4 Disember 2008

3. Mimpi Bertemu Ibu

4. Surat Buat Ibu

5.Ibu buat saya

6.Hari-hari Hari Ibu


27 November 2011

Alhamdulillah :)

Salam and Hi to all...
Alhamdulilah..Segala puji bagi Allah.Semester 1 berjaya ditamatkan.4 more semesters to go.Keputusan pada semester yang lepas membuahkan hasil apabila saya mendapat anugerah dekan dengan pointer 4.00.Tak percaya pun ada.Ada kawan selalu cakap mana boleh sebab saya selalu main permainan komputer.Terima kasih kepada rakan rakan kelas CS111 1D sebab banyak membantu sepanjang semester,Sir Din,Miss Syaliza,Madam Firdawatie,Miss Salfizan,Ust Che Bakar,Cikgu Din, dan Miss Ainul,Ayah,abang,kakak serta semua yang mengenali saya. Terima kasih kepada Cik Sakinah,Ustazah Rosliza kerana sering mendoakan saya walaupun saya ke ipta.
Seronok sangat bila mendapat keputusan sebegini.Sangat berharap dapat mengekalkan keputusan yang baik sehingga tamat pengajian.Tahniah juga kepada Syaza yang turut mendapat kejayaan yang sama walaupun berbeza fakulti.Kejayaan anak Klang..Tahniah kepada kelas CS111 1D yang kebanyakannya mendapat anugerah dekan.Alhamdulillah.Juga kepada rakan rakan sebilik.

Risau juga harapan orang lain yang mungkin akan mengharapkan yang lebih baik pada masa akan datang.InsyaAllah!Orang kata semakin naik semester semakin susah untuk score.Risau juga.Kadang kadang terasa terpinggir walaupun mendapat keputusan ini.Percayalah kita semua sama.Sama sama berhak mendapat kejayaan dan kalau boleh saya ingin berkongsi kejayaan dan usaha kita bersama untuk berjaya di masa akan datang.
Bak kata pepatah kejayaan tidak datang bergolek.Cara mudah untuk berjaya pasti semua dah tahu dan akan kata sama sahaja tapi tak berhasil pun.Lain orang lain cara belajar.Tapi ada senior saya bagi satu kata perkataan “DUIT”.

“Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal”

Lakukan tiap hari.Solat lima waktu yang wajib harus ditunaikan.Baca al-Quran sebaik baiknya selepas maghrib atau subuh.Jangan tidur lewat jika keesokan hari terdapat quiz atau peperiksaan.Tetapi kebiasannya saya tidur jam 12 malam setiap hari bagi mengelakkan rasa mengantuk di kelas.Sesetengah orang suka “stay up” untuk belajar tapi saya lebih suka belajar pada waktu pagi.Fokus 100% di dalam kelas.Selalu berjumpa dengan pensyarah jika tidak faham sesuatu dengan segera.Bangun awal pagi.Makan sarapan.Setelah itu berserah kepada Allah. :D

Akhir kata :

Pergi ke kota mencari pengalaman,
Pergi dengan menaiki bas,
Ingatlah teman ingatlah kawan
Kuasa Allah tak berbatas.

Mohonlah kepadaNYA kerana DIA amat menyukainya dan tak kan pernah bosan untuk mendengar doa hambaNYA.

14 November 2011

Badai Harini VS Badai Semalam

Salam and Hi to all...
Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung cuti semester pertama ni.Lagi seminggu bakal kembali ke Kelantan.Aduh..cepat betul masa berlalu.Sejak dua menjak ni nama Aaron Aziz sering diseut sebut.Disebabkan penangan Nora Elena kami "terdorong" untuk menyaksikan teater badai semalam.


Sebenarnya tak dirancang pun,secara kebetulan sahaja.Pada hari yang dijanjikan iaitu 12 Nov kami bertolak awal dari Klang bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabat abang sebelum menyaksikan teater di Istana Budaya.Setelah selesai makan dan bagai kami terus menuju ke Istana Budaya untuk mengutip tiket di kaunter..Alangkah terkejutnya apabila mendapati tiket tersebut adalah tayangan untuk hari esok 13 Nov.HAHAHAH...Rasa bagai ditipu pun ada,tapi selepas disemak semula di email memang benar kami telah membuat tempahan pada hari 13 Nov.Sebab excited sangat kami terawal la pulak. =.=' Maafkan kesilapan saya Noorain dan Nurul Farhana.

Muka excited pada mulanya...


Jadi,kami pun menyimpang dari Istana Budaya ke Jalan TAR.Sedih pun ada.Dalam perjalanan ke Jalan Tar diiringi pula lagu lagu di radio yang sedih dan pilu tidak tahu mengapa ibarat mengetahui isi hati yang kecewa dan dihimpit rasa bersalah.

Sedih

Kami ke Sogo memandangkan Kak Ain berhajat untuk membeli pakaian bayi untuk rakannya yang bakal melahirkan zuriat yang pertama.Walaupun kecewa pada siang hari kerana tidak dapat menyaksikan teater,hati terubat tatkala melihat DORAEMON.Benarlah bak kata pepatah Kusangka Panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari lepas tu datang pula pelangi..OK menambah.Tapi kelibat doraemon benar benar comel sehinggakan kami sanggup beratur untuk merakamkan kenangan bersama.

Tak dapat terima hakikat :P



Pada keesokannya kami tidak terus meratap tetapi diduga lagi apabila kami terpaksa mengejar waktu disebabkan ada majlis perkahwinan jiran terdekat yang kami perlu hadir.Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berduka atas kecuaian semalam.Setelah selesai majlis perkahwinan kami terus bergegas ke Istana Budaya.Alhamdulillah kami berjaya !!Thanks to Abang yang sanggup drive kami kesana.Sebab tu "SAYA" update status dekat FB saya macam ni :




Respon terhadap teater :Bagi sesiapa yang meminati bidang sastera wajib tonton.Katanya novel Badai Semalam ini merupakan salah sebuah novel sastera zaman ibu saya dahulu :) Karya yang bagus!Bagi yang bakal menonton selamat menonton dan bagi yang tidak berpeluang menonton rugilah tak dapat tengok Aaron Aziz menari :P hahah..


Ayat yang paling best yang saya ingat :

" saya tak tahu macam mana nk sukat rasa suka saya"kata zaki (fizz fairuz)

hahahahahahha...mcm mana nk sukat ek?pakai measuring cylinder ke penimbang berat ke measuring tape ke?haihhh...cairrrr

21 October 2011

Terima Kasih Van =D

Salam and Hi to all...
Banyak kenangan manis kita bersama..Tak sangka kita terpaksa berpisah.Tapi benar kata orang setiap pertemuan pasti ada saat perpisahan..Teringat saat saat indah kita bersama.Andai dapat ku undurkan masa.

Dulu...
Semasa ayah mula mula membawa mu pulang aku merasa kecewa kerana engkau VAN..Namun ayah telah meng"upgrade"kan mu menjadi sesuatu yang berbeza daripada van van yang terdapat dijalanan.Engkau sungguh istimewa.Dengan hiburan yang tidak berkesudahan dan keselesaan yang mengasyikkan,engkau benar benar menarik dihatiku.

Dulu..
Masa kita pergi Singapura,kita kena tahan dek kastam gara gara gelaran mu adalah van dan bukan kereta.Unik sungguh gelaran mu itu.Indah!Sungguh jika aku menaiki kereta sudah pasti aku tidak dapat merasai pengalaman yang manis itu.Terima Kasih Van!



Dulu..
Aku sering meminta ayah untuk memandu mu kerana aku berasa lebih selesa denganmu..Lebih lebih lagi apabila berjalan jauh seperti ke luar negeri atau kawasan.Ini kerana aku dapat merasai keluasan mu yang tidak berbatas dan keselesaan yang membuatkan aku sering dan selalu ingin menaikimu.

Dulu..
Selepas sebulan aku mendapat lesen,engkaulah yang menjadi "mangsa" ku untuk aku melatih kemahiran memandu ku.Walaupun tidak begitu mahir,ayah bilang aku memandu sungguh laju.Apakah?Gear satu je kot Ayah. =P Kaulah kenderaan pertama aku setelah aku secara rasminya mendapat lesen memandu.

Namun...


Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.Kenangan kita akan sentiasa segar diingatan.Tidaak mungkin aku melupakan mu.Sebak rasa bila abang melalui kedai yang kini menjadi tempat untuk mu berteduh..Selamat Tinggal Van..Terima Kasih atas perkhidmatan mu yang tidak terbatas..

Ayah dan Van nya


Aku dan dirimu



Pesanan kepada pemilik baru..Jaga dia elok2..dia mudah tacing..Semoga kau bahagia bersama yang lain.. T.T

dari Singapura..ahhahah

22 August 2011

Rindu Padanya lagi !

Salam and Hi to all...

Tatkala menjelangnya raya,hati sayu mengenangkan ibu.Rindu sangat pada ibu.Kadang kadang cemburu bila rakan sebilik dan kawan kawan bersembang melalui telefon dengan ibu masing masing.Ada yang manja,ada yang menangis.Seronok perasaan bila ibu telefon dari jauh kan?

Kawan: Mak doakan saya tau,harini ada test.

Mak kawan: Ok,mak doakan semoga lulus jawab test

Kawan: Tak nak lulus,doa supaya cemerlanglah.

Tersenyum sendiri bila terdengar kawan bersembang dengan ibu mereka.Kadang kadang kawan cakap rindu dekat mak,dah lama mak tak telefon.Kalau lah ibu tahu saya belajar dekat Kelantan macam mana agaknya perasaan dia ?Mesti seronok dapat panggilan dari ibu.How i wish,i could feel and go through the same thing my friends feelings.

Hari itu dapat kertas test ekonomi.Sir punya bagi mukadimah,dan bila sampai giliran nak ambil kertas,Sir cakap “Umira,boleh bagi berita gembira dekat mak”,Dalam hati terdetik dan berkata “Kalau boleh,Sir,nak sangat.”

Kalau boleh saya nak sangat beritahu pada dia,saya cemerlang.

Kalau boleh saya nak beritahu dia,saya sayang sangat padanya

Kalau boleh saya nak beritahu dia,saya rindu sangat padanya

Kalau boleh saya nak sambut raya dengan dia

Kalau boleh saya nak bersama dengan dia tiap saat

Kalau boleh saya nak dengar suara dia

Kalau boleh saya nak peluk dia

Kalau boleh saya nak minta ampun dari dia atas segala kesilapan yang mengguris hati dia

Kalau boleh saya nak bergambar dan melakar kenangan dengan dia

Kalau boleh saya nak dengar dia panggil nama saya dan saya akan sahut “Ye Ibu?”

Itu semua kalau boleh

Tapi aku bersyukur dan redha kerana Allah sangat menyayanginya.Terima kasih Allah.

Ya Allah,Kau ampunilah dosa dosa ibuku.tempatkan dirinya dalam kalangan ahli ahli syurga dan para solihin.Kau jauhkan azab kubur darinya.Beri aku kekuatan untuk terus hidup dan tidak lupa untuk sujud padaMU.



Puasa.

Salam and Hi to all...

Rasanya dah lama tak blogging semenjak masuk ke menara gading ini.Rasanya masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa.Tinggal lagi beberapa hari kita sebagai umat islam untuk menunaikan rukun islam yang ketiga ini.Rasa begitu cepatmasa berlalu hingga tidak menyedari kita sudah berada di fasa yang terakhir di bulan ramadhan.

Bezanya puasa tahun ini dengan tahun lepas memang banyak perbezaan.

Dulu (Klang)

Sekarang (Kelantan)

Makan dekat rumah dengan keluarga

Makan dalam bilik dengan roomates

Makan macam macam

Makan lauk sama (nak jimat :P)

Bazaar ada macam macam kuih

Agar agar jer yang banyak

Sahaur makan nasi

Sahur makan roti dan biskut

Tengok iklan raya,cerekarama raya

Mengahadap buku nak dekat final exam

Sibuk beli baju raya hari minggu

Baju raya dah beli sebulan awal. :P

Dah nak dekat dekat raya ni,rakan sebilik pun mainkan lagu raya.Perghh...syahdu rasa..Dulu bila dengar lagu raya tak rasa apa sangat.Sekarang ni bila dengar rasa sayuuuuu T.T .Kadang kadang bilik sebelah pasang lagu raya,dalam tenggiling,mahupun kedai runcit.

Lagi empat hari nak balik raya.Tak sabar rasanya tapi peperiksaan akhir dah nak dekat..Ish takutnya.. :S .Terima kasih pada abang sebab belanja tiket nak balik raya..Sayang lebih la.Nanti pagi raya Mir x mintak duit raya eh..HAHAHHA...

Akhir kata,jangan tinggal puasa lagi beberapa hari sahaja perjuangan kita.Sedih bila mengenangkan Ramadhan bakal berlalu.Terlalu sekejap masa kita bersama.Semoga kita dapat bersama RAmadhan kembali pada tahun yang mendatang.

Ya Allah,sempena bulan RAmadhan yang mulia ini,Kau ampunkanlah dosa dosa yang telah kami lakukan sepanjang kami hidup sebagai hambamu.Hindarilah kami dari nafsu godaan yang boleh menyesatkan kami dari menuju jalan keredhaan mu.Tuntunilah hati kami supaya daapat terus beriman dan bertaqwa kepadaMU.Amin.

04 June 2011

Rentetan UiTM Mache

Salam and Hi to all...
Sebagaimana ramai yang telah tahu saya NURUL UMIRA BINTI AHMAD SAAD telah melanjutkan pelajaran ke menara gading di UiTM Machang Kelantan.Dekat kan =.='
Mula mula dapat UiTM macam tak percaya kerana ditawarkan 'course' Diploma Statistik.Memang minat matematik,tapi takut sebab UiTM ni banyak cawangan,entah dimana akan dicampak.

Pagi esok terus terkedu,membatu,diam seribu bahasa.Tak tahu bagaimana nak digambarkan perasaan sama ada gembira atau pun agak keberatan apabila mendapat tahu cawangan UiTM Machang Kelantan yang telah ditawarkan kepada saya.Dua minggu sahaja waktu yang diberikan sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke sana.

Jumaat 20/5/2011

Hari yang dinanti telah tiba,kami bertolak hari jumaat walaupun hari pendaftaran adalah pada hari ahad.Kami tinggal di hotel di Kota Bharu.Beli barang pun disana,kata ayah tak perlu bawa barang dari Klang banyak banyak,buat penat sahaja.Sempat jugalah keliling Kota Bharu atau dikenali sebagai 'New Castle" (sedangkan belajar dekat Machang bukan KB =.=').Seronok juga KB ni,kebanyakkanya tulisan jawi,seronok bila baca :)

Pasar Siti Khadijah

"Mek" Donald

Keesokan harinya,kami ke rumah kawan arwah ibu iaitu Abang Ramli dan Dr. Azizah.Seronok pemandangan rumah Abang Ramli,sangat kekampungan,tenang jer.tumpang solat dan rehat rehat di rumah dia sebelum bercadang ke Rantau Panjang Kelantan bukan di Klang!dekat dekat dengan sempadan Thai tu.

Selesai solat,saya duduk di atas sofa menghadap televisyen,lalu datang 2 anak abang Ramli bercerita kepada saya berumur dalam lingkungan 7 dan 6 tahun(seorang lelaki dan seorang perempuan).Pada mulanya tak kisah sangat nak melayan kerenah budak budak ni memandangkan mereka berdua peramah dan sopan,TAPI bahagian yang tak tahan tu bila mereka berdua ni cakap loghat Kelantan PEKAT SANGAT!!Aduh!Waktu tu sorang sorang,abang yang terer loghat kelantan tengah sembahyang pulak,gelabah dah ni.Kadang kadang tersalah tafsir apa yang diorang perkatakan sehingga menyebabkan diorang terpaksa ulang semula ayat tu..Heehehe..Lepas ni kena belajar juga loghat Kelantan ni.
Kaisara

Tibalah masa berpisah dan memulakan hidup baru.InsyaAllah,perpisahan kali ini bakal membawa perubahan yang besar kepada insan yang bakal bergelar mahasiswa ini.Kalau ada ahli keluarga yang menelefon pada awal minggu pasti akan menangis.Nasib baik minggu itu saya demam jadi bolehlah "cover" kalau nangis kan,orang pun takkan sangka saya nangis :D Agak teruk jugalah keadaan masa demam tu,nasib baik Kak Maya dan sediakan ubat untuk saya.Alhamdulillah sekarang badan rasa semakin sihat.

UiTM Machang Kelantan

Setelah hampir memasuki minggu yang ketiga berada di UiTM Mache perasaan berada di sini seperti biasa.Pada mula minggu MDS sangat memenatkan apatah lagi seminggu yang pertama padat dengan aktiviti aktiviti MDS.Padat dan penat!Setelah seminggu, akhirnya berjaya mengaharungi minggu yang benar benar mencabar dan menguji .

seramai ramai umat!

Kelas pun dah bermula.Subjek yang dipelajari juga tidak kurang hebatnya.Yang paling takut akaun dan calculus.Susah juga la.Tak mengapa,perlahan lahan pasti berjaya.Alhamdulillah,ada kawan satu kelas,satu bilik dan satu course namanya Aiza.Bolehlah pergi kelas sama sama :D

Syaza dan Rina (Dip perakaunan)

Nasib baik dapat katil bawah.

Kemudahan dekat sini pun tak susah.Kalau nak ke pekan Machang boleh naik van UiTM atau lebih dikenali sebagai "Tenggiling" dalam kalangan pelajar pelajar dekat sini.Ramai yang akan naik tenggiling disebabkan kolej dan kelas agak jauh.Cuma ada dua pilihan nak ke kelas sama ada naik tenggiling dan bayar RM 0.50 atau jalan kaki.Jalan kaki pun ada dua pilihan sama ada naik tangga atau naik bukit.Kalau nak jimat baik jalan kaki.Makan boleh dikatakan murah,ada juga yang mahal.Kena bijak berbelanjalah.

Berebut.

Dekat UiTM ni memang banyak tangga.Biasalah TANGGA KEJAYAAN tu.Bukan main tinggi lagi.Tapi kalau dah lama akan terbiasa dan tidak menjadi suatu permasalahan pun.Saya lebih suka berjalan kaki dapat juga mengeluarkan peluh sambil menikmati pemandangan yang indah.Sungguh,memang indah!

Kalau nampak belakang bangunan tu ada sawah padi

Tangga terus ke perpustakaan (tangga paling tinggi)

Lagi sebulan insyaAllah cuti sem,bolehlah balik rumah.Ramai kawan yang dapat dekat dekat jer (T.T ) Sedih.InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita semua.Ada senior bagi ayat keramat ni "DUIT" (Doa Usaha Ikhtiar Tawakal) kalau ada "duit" semua pasti jadi..Just Do It


Salam perantauan dari Mache =.='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...