Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung cuti semester pertama ni.Lagi seminggu bakal kembali ke Kelantan.Aduh..cepat betul masa berlalu.Sejak dua menjak ni nama Aaron Aziz sering diseut sebut.Disebabkan penangan Nora Elena kami "terdorong" untuk menyaksikan teater badai semalam.
Sebenarnya tak dirancang pun,secara kebetulan sahaja.Pada hari yang dijanjikan iaitu 12 Nov kami bertolak awal dari Klang bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabat abang sebelum menyaksikan teater di Istana Budaya.Setelah selesai makan dan bagai kami terus menuju ke Istana Budaya untuk mengutip tiket di kaunter..Alangkah terkejutnya apabila mendapati tiket tersebut adalah tayangan untuk hari esok 13 Nov.HAHAHAH...Rasa bagai ditipu pun ada,tapi selepas disemak semula di email memang benar kami telah membuat tempahan pada hari 13 Nov.Sebab excited sangat kami terawal la pulak. =.=' Maafkan kesilapan saya Noorain dan Nurul Farhana.

Muka excited pada mulanya...
Jadi,kami pun menyimpang dari Istana Budaya ke Jalan TAR.Sedih pun ada.Dalam perjalanan ke Jalan Tar diiringi pula lagu lagu di radio yang sedih dan pilu tidak tahu mengapa ibarat mengetahui isi hati yang kecewa dan dihimpit rasa bersalah.
Sedih
Kami ke Sogo memandangkan Kak Ain berhajat untuk membeli pakaian bayi untuk rakannya yang bakal melahirkan zuriat yang pertama.Walaupun kecewa pada siang hari kerana tidak dapat menyaksikan teater,hati terubat tatkala melihat DORAEMON.Benarlah bak kata pepatah Kusangka Panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari lepas tu datang pula pelangi..OK menambah.Tapi kelibat doraemon benar benar comel sehinggakan kami sanggup beratur untuk merakamkan kenangan bersama.
Tak dapat terima hakikat :P
Pada keesokannya kami tidak terus meratap tetapi diduga lagi apabila kami terpaksa mengejar waktu disebabkan ada majlis perkahwinan jiran terdekat yang kami perlu hadir.Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berduka atas kecuaian semalam.Setelah selesai majlis perkahwinan kami terus bergegas ke Istana Budaya.Alhamdulillah kami berjaya !!Thanks to Abang yang sanggup drive kami kesana.Sebab tu "SAYA" update status dekat FB saya macam ni :

Respon terhadap teater :Bagi sesiapa yang meminati bidang sastera wajib tonton.Katanya novel Badai Semalam ini merupakan salah sebuah novel sastera zaman ibu saya dahulu :) Karya yang bagus!Bagi yang bakal menonton selamat menonton dan bagi yang tidak berpeluang menonton rugilah tak dapat tengok Aaron Aziz menari :P hahah..
Ayat yang paling best yang saya ingat :
" saya tak tahu macam mana nk sukat rasa suka saya"kata zaki (fizz fairuz)
hahahahahahha...mcm mana nk sukat ek?pakai measuring cylinder ke penimbang berat ke measuring tape ke?haihhh...cairrrr


5 comments:
Ohh...badai semalam..lalalala..
salah satu ciri2 orang tua ....dia sering terlupa ~terutama tarikh hihiihi.
Ohhhh umira pun tengok ke?! Filza tengok 13/11 tapi malam! Awak tengok petang eh? Hihihi. Aaron Aziz! *pengsan*
bkn tua tp meniti dewasa..heheheh
FILZA>>a'ah mestilah tgk,peminat teater yg tegar la katakan..samalah..pengsan tgk aaron aziz..tp fizz fairuz malam tuh hensem~~~~
amboiiii...kuatnya bodek...
Post a Comment